Cara Menghilangkan Nafas Berbau (Menarik!) | Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan :
(1) Bersihkan lidah
Untuk
menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok
gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.
Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.
(2) Mengunyah gula-gula getah
Air
liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas
berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang
penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau
apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah
ketika seseorang berbaring/ tidur.
(3) Menghisap kulit kayu manis
Kulit
kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan
masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk
mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang
yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran
bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak
menghisapnya.
(4) Pastikan mulut sentiasa lembap
Minum
lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria
‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu,
kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat
membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi
poleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat
pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.
(5) Pemakanan
Kesan
sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam
pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada
itu,makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti
bawang putih, kopi dan sebagainya.
(6) Ubat kumur
Ubat
kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang
menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan
ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
(7) Masalah perubatan
Hasil
daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada
kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser
mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan
pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap
penyakit mulut.
0 comments:
Post a Comment