Adakah mereka pernah merajuk dengan korang, bak kata pepatah dalam hati ada taman. Kalau dah merajuk tolong la pujuk.. Jom kita baca cara memujuk lelaki
4 Cara Memujuk Lelaki :
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila
seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk
menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi
membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah
punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk?
Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu?
Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari
jawapannya.
.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda
sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang
diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan
tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan
sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali
mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari
luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal
fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika
si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang
berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan
diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini
kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan
semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya,
adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda
memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk
bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang
ada untuk menghiburkan diri anda.
0 comments:
Post a Comment