Kepadamu
yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah
memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu
pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat
jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang
sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku
tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja
berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah
dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang
padamu..
Duhai
kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akan
cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin
kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan
anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan
berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita,
agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka
mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan
dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan
segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku
tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang
sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak
ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau
mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka
tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
Ketahuilah,
aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu
marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya
wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak
menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah,
yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah
titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah
ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si
kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak
habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang
aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku
kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan
bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu
menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan
menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan
merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
Ketahuilah,
aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi
jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di
sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha
Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang
pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar
kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring
berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam
dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai
kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan
menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang
lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan
pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan
sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku
padamu..
No comments:
Post a Comment